Asal- Usul Wau
Wau mempunyai asal-usul yang pelbagai menurut pajar sejarah. Namun, sebuah catatan ini telah menarik minat untuk meletakkannya di dalam folio ini.
Menurut satu catatan, wau di percayai mula di cipta oleh seseorang yang bernama Sang Jaya atau gelarannya Dewa Muda, Dewa Ini dan Masai Kelana Seri Panji. Wau juga di percayai di hasilkan antara tahun 711 hingga Masihi. Ada desu-desus yang mendakwa yang wau berasal daripada Indonesia, Selatan Thai dan tidak kurang yang mempertahankan yang bahawa wau ini berasal daripada negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan.
Catatan itu juga ada mengatakan yang tujuan awal wau di cipta adalah sebagai lambing kebesaran sesebuah Negara. Wau di gunakan sebagai sebuah panduan untuk menentukan sesuatu arah. Wau juga di katakan menjadi lambang kejayaan bagi setiap serangan yang di lakukan oleh sesebuah negara ke atas negara,
Kini, wau merupakan permainan tradisional masyarakat melayu di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Terrengganu, Kedah dan Perlis. Biasanya wau di mainkan pada musim kemarau setelah selesai menuai padi. Wau terbahagi kepada dua bahagian iaitu wau naik dan wau cantik.
