Sunday, April 6, 2008

Kerja Khusus Sejarah: Jenis-jenis Wau

Permainan wau merupakan permaianan masyarakat Melayu yang sungguh unik. Seseorang itu perlu mahir untuk menghasilkan beberapa jenis wah. Antara wau yang dihasilkan ialah:

i. Wau Bulan

Wau bulan merupakan wau yang paling popular jika dibandingkan dengan wau lain. Wau ini mempunyai bentuk seperti bulan sabit di bahagian hadapan dan separa bulatan di bahagian ekor. Oleh itu way tersebut seolah-olah kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.

Saiz wau bulan adalah besar. Wau bulan di bentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut supaya kelihatan jelas sekali. Oleh itu pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar dihasilkan supaya dengan jelas dilihat dan dinikmati oleh para penonton walupun berada di tempat yang tinggi.

ii. Wau Burung

Wau burung pula kelihatan cukup menarik. Wau burung mempunyai bentuk asas seperti wau bulan tetapi mempunyai bentuk badan dan kepala yang lebih kecil. Bahkan terdapat bentuk wau burung yang menyamai burung yang sedang terbang.

Antara jenis wau burung yang paling di minati ialah wau merak dan wau burung helang. Way merak dihiasi dengan ukiran yang berbentuk corak dan watna seekor merak. Ada juga yang meletakkan pelbagai jenis rompol di bahagian ekor supaya kelihatan unik apabila di terbangkan.

Wau burung helang pula di bentuk seperti seekor helang yang mempunyai kepala yang berparuh kecil. Kemudian bahagian tersebut dihiasi dengan rompol yang kelihatan seperti bulu. Ini sudah pasti akan menjadikan wau tersebut seperti seekor burung helang yang sedang terbang di udara.

iii. Wau Kucing

Wau kucing adalah adalah wau yang di hasilkan untuk mempelbagaikan corak dan bentuk wau. Walaupun pada dasarnya wau kucing seperti wau bulan, tetapi sedikit penambahan dilakukan. Wau kucing mempunayi warna yang lebih gelap dan mempunyai jurai-jurai di bahagian ekor wau seperti ekor kucing. Lazimnya wau kucing jarang-jarang dihasilkan kerana tidak menarik.

iv. Wau Ikan

Wau ikan juga seperti wau kucing. Wau ikan dihasilakan adalah berbentuk ikan bawal, ikan emas dan sebagainya. Bentuk wau ikan emas lebih menarik kerana mempunyai rompol-rompol yang membentuk ekor atau sirip. Sungguhpun semikian wau ikan kurang juga diminati kebanyakkan penggemar wau.

No comments: